Click Here For Free Blog Backgrounds!!!
Blogaholic Designs

Mam@ju's Little Precious

Dec 26, 2008

muharam...

Kesempatan ni ma@ju nak ucapkan selamat menyambut Tahun Baru kepada semua umat Islam di luar sana...semoga kedatangan tahun baru ini akan lebih bermakna pada kita semua dalam menjalani kehidupan sebagai seorang Islam blogger ....Dan moga hijrah ini juga akan membuka lembaran baru buat diri kita dan lebih mendekatkan diri saya sebagai hamba Allah dan semoga Allah memberkati hidup saya dan kalian…AMIN.

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri. Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. . Peristiwa-peristiwa penting:

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.

10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

· Nabi Adam bertaubat kepada Allah.

· Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.

· Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.

· Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.

· Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.

· Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.

· Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.

· Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.

· Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.

· Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.

· Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.

· Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.

· Hari pertama Allah menciptakan alam.

· Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.

· Hari pertama Allah menurunkan hujan.

· Allah menjadikan 'Arasy.

· Allah menjadikan Luh Mahfuz.

· Allah menjadikan alam.

· Allah menjadikan Malaikat Jibril.

· Nabi Isa diangkat ke langit

******************************

14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura 1. Melapangkan masa / belanja anak isteri fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini. 2. Memuliakan fakir miskin fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti 3. Menahan marah fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha 4. Menunjukkan orang sesat fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya 5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya. 6. Bersedekah fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini. 7. Memelihara kehormatan diri fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan. 8. Mandi Sunat fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala. 9. Bercelak fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu 10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti 11. Sembahyang sunat empat rakaat fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali. 12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa nikmannasiru" fadhilat - Tidak mati pada tahun ini ***semak dengan ustaz/pakar rujuk 13. Menjamu orang berbuka puasa fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa. 14. Puasa Niat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala. fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

**info diambil dari sini

... ai suka yg kaler merah tuh...Pak wan mehh arr baca yg karer merah tu...

Btw, mam@ju akan pulang ke kg-Johor tis’ Saturday… jemputan walimatul urus, bukan ke Felda Taib Andak yerrr…tapi ke Jalan Lama,Muar…so pada sesapa yg pulang ke Muar nanti kita jumpa kat Tanjung eekk…pekena mee bandung,pasembor sambil hirup angin sepoi2 Sg. Muar…hopefully jgn ternampak “ulau sawa besorr pokok kelapa,mata beso lampu keta Kancil” kat pasar tu nanti…huahuahua..kalau ai jumpa Mail XPDC nanti ai amik pic ngan dia eekk… suka tauuu statement melampau nih…hihihi…occayy uolls..jgn notty2 if uolls go “buy-buy” jgn lupa mam@ju ekkk…wasallam..

4 comments:

MariaFaizal said...

Makan Asam pedas Pt Jawa tak? Salam Maal Hijrah dear.

Pak Wan bwk cuti2 tak dear? :)

I'm now in Penang, heheh

mam@ju said...

maria- yuhuuu....maria ai now ada kat Holiday inn -Melaka...choti2 Malaysiaaa...yahoooo...

tomolow i'll b back..

nanti2kan our story yup...mamuaahhh...

eedany said...

MamaJu...
Salam Maal Hijrah 1430H dan Selamat Tahun Baru 2009

Azam 2008 yg lalu dah tercapai? Kalau belum teruskan di tahun 2009. Jangan putus asa ok.

Goodbye 2008...
Welcome 2009...

XOXO...

MariaFaizal said...

Cepat2 update story kat Malacca.Coz I teringin sgt nak gi there during school holiday - I heard ia nya sangat meriah dgn pelbagai pertunjukan.Nanti I boleh tunjuk kan your update kat Faizal & hopefully he'll change his mind about Malacca (dia x nak gi coz dah dekat dgn Kg dia:)