Click Here For Free Blog Backgrounds!!!
Blogaholic Designs

Mam@ju's Little Precious

Jun 1, 2009

FATHER'S DAY CONTEST

Jom kita ramai2 memeriahkan lagi
FATHER'S DAY CONTEST
Macam biasalah mesti ada syarat2 yg harus dipenuhi antaranya...
  1. Add blog MamaTisya di bloglist
  2. Menjadi FOLLOWER MamaTisya
  3. upload banner FATHER'S DAY CONTEST ini di blog anda.
  4. Buat satu entry khas & upload gmbr anak anda bersama ayah/papa masing2 bersertakan nama ayah dan anak,umur(tiada had umur utk contest ini) dan citer la skit psl gmbr yg dipilih dan dh ada plan ke nk celebrates kt mn?(kalo ada sila nyatakan)
  5. Dalam entri itu pastikan anda mention dan link ke MamaTisya (no link back will be disqualified). Bila dah siap, tinggalkan komen di entri ini, nanti senang MamaTisya nk view entry korang.
  6. Pemenang akn dipilih berdasarkn gambar yg menarik & melambangkn kasih syg seorang ayah kepada anak.Keputusan juri adalah muktamad.
  7. Hanya 2 pemenang akn dipilih iaitu
  • ayah & anaklelaki
  • ayah & anakperempuan
(P/s: hanya 1 gambar shj tp jika anda mempunyai ank lebih dr seorang so bole ltk lebih means kalo ank 2 org so 2gmbr dan seterus...)
Senang kan..pada uols yg nak join just click kat banner contest tu ok..menang kalah x jadik masalah, yg penting dpt mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita... Jom cepat kita meriahkan lagi contest kelolaan MamaTisya...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
FATHER'S DAY CONTEST
Nama ayah ~Wan Zulkarnain Bin Wan Hussin (35)
Nama anak~ Wan Nisa Zulaikha Binti Wan Zulkarnain (7)
Inilah merpati dua sejoli dalam rumah kami. Dua beranak ni memang rapat, maklumlah ank perempuan sorang. Dah besar panjang camni pun,kadang2 minta didukung..! Ayah pulak memang tak boleh nak menolak. Dalam ketegasan ayah terselit juga kelembutannya, tengok sahajalah dalam gambar diatas, masa ni ayah baru sahaja balik dari kerja,belum buat apa2 dah bermesra berdua, mama pun apalagi peluang ada snap ajerlah. Tak disangka, boleh juga diguna untuk join contest kelolaan MamaTisya. Terima kasih MamaTisya... Gambar dibawah pula adalah gambar ayah bersama Haziq, anak kedua kami. Gambar ni diambil semasa kami bercuti di Penang. Haziq menangis sebab dia takut dgn kuda2 yg lalu lalang depan pantai tu,...ayah pun bertindaklah sabagai penyelamat. Ayah suruh Haziq duduk dalam 'kurungan' itu..hehehe..Saya suka dgn kedua2 gambar kerana terserlah sifat kasih dan sayang yg ayah tunjukkan pada anak2. Setiap kali menjelangnya Hari Bapa, Nisa dan Haziq akn membuat sendiri kad ucapan untuk ayah, yang bestnya ucapan tu hanya ditulis diatas sekeping A4 paper..tapi ayah tetap bangga.Untuk ayah, semoga ayah dilindungi Allah selalu dan dimurahkan lagi rezeki untuk keluarga kita,Ameen. Dan insya'allah untuk meraikan Hari Bapa pd tahun ini, kami merancang untuk pergi bercuti sambil meraikan keputusan cemerlang Nisa dalam peperiksaan baru2 ini. Kiranya 2 in 1 celebration lah..ke mana destinasinya belum diputuskan lagi... Untuk MamaTisya selamat berkenalan..
Nama ayah~ Wan Zulkarnain Bin Wan Hussin (35)
Nama anak~ Wan ZulHaziq Bin Wan Zulkarnain (4)
love mam@ju.. MyEm0.com

0 comments: