Click Here For Free Blog Backgrounds!!!
Blogaholic Designs

Mam@ju's Little Precious

Jul 11, 2009

Kini Tiada Lagi...

Bismillah... Syukur Allah memberi saya kekuatan untuk sekali lagi berada di laman saya sendiri nih..
Lama saya x update...dari mak sakit hingga lah hari ni...sepertimana semua teman2 yg telah mengetahui yg bonda saya telah pun pergi mengadap Illahi...
Masih segar dalam ingatan, saat saya kehilangan dirimu bonda. Tangal 5 July jam 2.40 pagi yang lalu, inilah hari yang paling menyedihkan diriku sekeluarga apabila orang yg amat kami sayangi pergi meninggalkan kami sekeluarga. Terlalu banyak rupanya peringatan yg Allah telah tunjukkan...tapi saya lalai atau secara sedar saya sendiri tdk mahu memikirkannya. Betapa saya bersyukur pd Allah kerana memperkenankan doa saya untuk saya menjaga bonda buat kali terakhir sekiranya telah sampai perjanjiannya...Maha suci Allah...Allah perkenankan doa saya, dapatlah saya dah adik beradik yg lain menjaga bonda selama seminggu. Mereka semua berkampung di rumah saya...Tidak sesekali saya akan lupakan semua itu..tidak.
Dah sebulan rupanya arwah bonda pergi. Moga arwah bonda mendapat rahmat Allah selalu. Sebulan bonda pergi, mana tau hari ni atau esok aku pula. Apapun, yang pergi takkan kembali lagi.
Ya Allah, jadikanlah aku anak yang soleh yang boleh memberi bantuan kepada kedua ibubapaku di alam barzakh sana seperti mana sabda nabi saw yang bermaksud:
"....apabila mati seseorang anak Adam itu, maka terputuslah segala amalan mereka kecuali 3 perkara, sedekah jariah,ilmu yang memberi manfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kedua ibubapanya...."
Ya Allah, aku sedar, diriku hanyalah seorang anak yang lemah, hamba yang hina disisiMu, namun ku hanya mampu berdoa dan meminta kepadamu ya Allah agar engkau memberikan rahmat kepada kedua ibubapaku, agar engkau melepaskan mereka berdua dari azab kubur Mu ya Allah. sesungguhnya hanya Engkau sajalah ya Allah yang mempu menerima doaku ini. aminn
Empatbelas tahun aku kekeringan belaian manja seorang ayah, dan kini bonda menyusul pula dan selepas ini aku tiada doa dari seorang ibu yang mengiringi hidupku. Kadang-kadang aku pelik dengan mereka yang masih ada ibu, tapi tidak menjadikan ibu mereka sebagai sumber motivasi kepada diri untuk berjaya dalam hidup. Sedetik bersama ibu adalah amat berharga. Seutas doa dari ibu amat bernilai kepada seorang anak. Secebis nasihat amat bermanfaat kepada seorang anak. Oleh itu berbaktilah kepada mereka selagi mereka masih ada. Apa yg tinggal untuk aku hanyalah memori suka, duka ,gelak tawa arwah dan tak lupa kami pernah menangis bersama...
Tadahlah telinga untuk di leteri, angkatlah kedua belah tangan untuk berdoa kepada Nya supaya Allah memganjari mereka dengan Rahmat yang tidak ternilai banyaknya.
Wahai hujan..turunilah dgn lebatnya,basahilah makam bonda agar segar bunga-bungaan..agar tidak kelayuan seperti layunya kehidupan ku sekarang tanpa bonda disisi... Buat suami ..terima kasih krn turut menjaga arwah bonda walau disaat akhir tdk dpt bersama..hanya Allah dpt membalas. Buat anak2 Mama.. terima kasih kerana menjadi ubat penglipurlara ketika atok masih ada...dan terima kasih krn kamu semua penguat semangat buat mama sekarang... Buat adik beradik yg lain...kita sekarang tak punya siapa... kita punya sesama kita..! Alfatihah buat arwah ayahanda Mohd Yusof Bin Bachik dan arwah bonda Zawiah Binti Sulaiman Alfatihah... love mam@ju..

4 comments:

iena hamdi said...

Al Fatihah...

sayu aku baca coretan ko ni bed..akan aku jadikan panduan dlm hidup ku ni...

semoga kau akan terus tabah yer..

iena hamdi said...

Al Fatihah...

sayu aku baca coretan ko ni bed..akan aku jadikan panduan dlm hidup ku ni...

semoga kau akan terus tabah yer..

my-niezzareena said...

bed... menetes ayaq mata aku... sedih ni.. kau banyak bersabar dan sentiasa berdoa ye. tabah hadapai semua ni. ingat, kau masih ade suami dan anak2 yang memerlukan kasih sayang untuk kehidupan akan datang. dengan doa dan setiap baris ayat al quran yang kau sedekahkan, insyaAllah... bonda kau tenang disana...

mam@ju said...

tq beb...hehehehe..

sob sob sob