Click Here For Free Blog Backgrounds!!!
Blogaholic Designs

Mam@ju's Little Precious

Mar 8, 2010

Makam Bonda

Rezeki kami...semasa ke makam bonda..Pak Atan sedang/masih melakukan proses2 terakhir membina makam bonda..
8 bulan bonda pergi tinggalkan aku...seperti biasa hanya kenangan2 yg berlegar2 di jiwa fikiran...masih terbayang setiap pagi memimpin tangan tuanya ke bilik air untuk dimandikan,memakaikan lampin pakai buang,menyarungnya baju, menyisir rambut putihnya, memakaikan bedak..ahh'... sungguh comel wajah tua itu...umpama seorang anak kecil yg harus dibelai dan dimanja...beruntungnya bonda, sejenak aku terfikir, adakah hari2 tua ku kelak aku akan dilayan sebegitu...? Memori2 ini hanya bakal mengundang air mataku untuk jatuh entah keberapa ratus atau ribu kali... hanya sejadah penghubung jiwaku...
Inilah rumah baru buat bonda...aku tenang bila ada disini...sedikit pun tidak rasa takut. Kalau sebelum ini lalu depan kawasan kubur pun dah rasa semacam.. tp tidak selepas kembalinya bonda. Mungkin setiap saban waktu aku berkunjung kesini... membuatkan aku lebih rasa insaf dan rasa kerdil disisiNYA, dimana disini lah pengakhiran aku jua suatu hari nanti...adakah aku telah bersedia..? Aku tak punya jawapan...Berada disitu membuatkan aku terasa seolah bonda dekat disisi...walau aku tahu arwah telah jauh...sangat jauh...Makam bonda juga pengubat rindu buat arwah ayahanda yg jauh di kampung halaman...inilah 2 insan yang mendidik aku sehingga aku adalah aku pada hari ini... Al-Fatihah..

0 comments: