Click Here For Free Blog Backgrounds!!!
Blogaholic Designs

Mam@ju's Little Precious

Nov 3, 2011

ni masa bila tahlah x bape nak ingat. . . mungkin last week camtulah. . . biasalah dah berkurun baru ingat nak load. Bila tgh2 mlm camni tgk picture makanan adduiii perut jadi lapar la pulakkk. . .
Published with Blogger-droid v1.7.4

Salam terakhir adikku...

Semalam adalah hari yg mendung buat aku...Mana taknya, pagi2 lagi dlm pukul 12 *tutup muka*abg ipar aku call..
"Aju..kawan aju yang jual machine tu dah mati yer.." ...
Aku macam ha.. sapa kawan aku yg mati ni..? ...
 "Alaa.. yang jual air apa tu.. co..Coway..apa tah,,..". 
Aku macam "HAAAA...!! Eh..jap2 nanti Aju bukak FB dia.."

Tanpa gosok gigi aku pun terus on computer menekan kekunci mencari nama beliau. Dan alangkah sedihnya bila memang dah 2-3 org menulis di wall beliau mengucapkan takziah. Tapi aku memang macam tak percaya lagi. Eh.. ni bulan April ke ha.. kot2 nak buat Novemberfool ke..Arrghh.. bodohnya aku. Aku tak puashati.. aku search lagi kat google mencari2 berita terkini..dan alangkah terkejut aku bila berita itu memang betul. Ya Allah.... Arwah ni aku kenal kerana aku membeli produk Coway dari beliau. Beliau juga merupakan salah  seorang top sales, gitulah yg aku tau...

bolehlah baca di sini
http://ondscene.my/jenayah/identiti-mayat-berbau-dikenalpasti
dan disini
http://ondscene.my/jenayah/fasha-sanda-dan-lena-af9-di-bilik-mayat

sampai saat ni bila aku bukak Fb.. aku mesti pergi kat wall arwah Nan. tengok picture2 dia dan aku memang x sangka dia dah pergi dulu. Betul sudah takdir tapi kenapa dengan cara begini. Hanya Allah punya jawapan.. Allah terlalu sayang pada arwah, kerana dia seorang budak yg murah dgn senyuman, kelakar, talkative, lembut bicara... hai entahlah....kadang2 terpikir, nasib org kita dah nampak... tapi nasib kita, belum tentu lagi.

Satu lagi kenangan bersama arwah Nan. Masa tu, aku dok melepak kat kedai kakak aku... arwah yang baru balik dari kerja, berenti kat tepi kedai tu.. dia kata dia baru balik dari Sabah. Pastu dia tunjuk la tangan2 dia lebam dan luka, katanya dia accident masa kat  Sabah. Lepas tu dia keluarkan satu kotak yg berisi key chain dan kipas, cenderahati dari Sabah katanya.. dia suh kami pilih. Arwah pun ada juga order produk tupperware ngan beli kain ela tuk mak dia dari aku. See.. baik tau dia...
Yer aku mula rasa rindu pada arwah... walaupun x lah rapat... tapi sebagai rakan,kakak, jiran dan pelanggan beliau aku rasa yang aku cukup rapat dan dekat dgn arwah Nan. 

"Ya Allah tempatkan adikku Maznan Mohamad ditempat org2 yg terpilih. Lapangkanlah kuburnya, terangilah kuburnya... dah jauhkan dia dari seksa kubur dan seksaan api neraka....berikan lah pembalasan yg setimpal pada mereka yang menganiayai beliau.Amin"

Allahyarham Maznan Mohamad (berbaju putih) bersama kembarnya....
"cinta,..! cinta..apa ada dng cinta? bercinta dng bunga,bunga akan layu,bercinta dng kumbang,kumbang akan mati,bercinta dng manusia,manusia akan meninggal,bercinta dgn allah s,w,t. kekal abadi.." copy dari FB coretan beliau