Click Here For Free Blog Backgrounds!!!
Blogaholic Designs

Mam@ju's Little Precious

Aug 28, 2011

hari sedih sedunia

hari ni saya sedang membizikan untuk membuat mak pak persiapan utk memasak esok. Nanti tak lah saya kelam kabut sensorang nak buat segala atuk nenek . . . huhuhu. . . hiba tau terkontang-kanting nak tahan perasaan sebak lagi. . . arrghhh. . . belum masuk bab potong bawang lagi. . . uishh mau banjir dapur kecik saya tu. . Kalau nak cite kenangan masak ngan arwah bonda. ishh tahlah. . . tak boleh nak ungkap kat sini, biar je lah saya lalui dan simpan dlm hati. Life must go on kata omputih. Sesambil potong bawang,goreng kacang, cili berbagai ni. . . sambil dengar lagu raya . . saje nak touchingkan lagi diri sendiri, cari pasal sendiri ha ko yanggung lah sendiri. . . weiiii aku sedihhhhhhhh sesangattttttt niiiii. . ! aku rasa mcm nak lari gi kubur,korek2 tanah panggil mak ngan ayah balik... . . asta'fir`azimmmm. . . mengucap panjang kan. . . tak jgn risau. . tu cuma perasaan. Aku tau aku masih punya DIA tempat aku mengadu.alfatihah buat ayah dan bonda. "mak,ayah. . . aju rindu sgt ngan ayah dan mak. . . sangat-sangat. . "
Published with Blogger-droid v1.7.4

Aug 27, 2011

tragedi susu pekat

hari ni adalah busy cikit nak buat keje opis. . . tengah leka2 buat keje sambil ber fb yang lebih sebenarnya. . tetiba teringat kat bumblebee tgh mandi. hmm. . . no good. . .no good ok. . . membiarkan ank bermain sendirian dlm bilik air. Bila ahkak masuk dapor, mata terus tertumpu kat lemari ais yang mana pintunya dah terbuka luas. Pintu bilik air tertutup. . .bila ahkak bukak pintu bilik air. . ahkak rasa nak pengsan. . mana kan tidak ahkak ternampak satu tin susu pekat habis dah dibuatnya susu tarik. Susu tu pulak mmg baru dibukak pagi tadi sewaktu ahkak nak buat neskape. . . eh. . ahkak cakap pagi tadi je kan, tapi x tulis pukul berapa kan. . . hahahanncusss. . . kikiki Jadi sebagai blogger yg kureng tegar. . . benda2 cenggini harus di update. . lantas sebelum marah bumblebee. . ahkak terus mencapai tab dan kasi snap dua tiga keping sebagai rujukan dikemudian hari. Dah dapat snap. . siap la bumblebee pulak kena seliap. . . moral cerita ni, jgn biarkan ank bermain sendirian dlm bilik air jika x mahu rosak susu satu tin. p/s harap gambar bumblee bee separa bugel tidak mengganggu senseviti para bloggers.harap maklum.! ralat: jgn dilihat daki nya bathroom ahkak ni.sekian teima kasih.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Aug 26, 2011

im not in mood

beberapa hari je lagi kita semua nak sambut Syawal....
semakin dekat Syawal .. macam nilah perasaan saya pada ketika ini dan detik ini...
ok nak sambung...
sambung nangis ke... sambung tido tuu....

Aug 25, 2011

kari kapla ikan

alhamdullillah. . . selesai sudah berbuka hari. .. ni tgh melunjur kaki sebelum sessi melipat kain pulak. Tgh hari tadi dok kemas rumah. Macam biasa lah keluar kan yg dalam bawak ke luar. yg luar bawak masuk dalam. Aku mmg cenggini cepat bowwsann. Esok lusa bosan paten gini. . kita kasi tukau lagi begitu lah seterusnya. . . kalau aku kaya agaknya, mau aku tuko perabot sebulan sekali. . . hahaha. . . sebab tu la tuhan tak bagi aku kaya kan. . . . kaya budi bahasa jer. . . ececehhh. . Tgh dok kemas. . otak dok pikir apa nak masak.Sian ank2 kan.Alhamdullillah Nisa dan Haziq penuh puasanya sampai hri ni. Mama dah nampak ank bulan dah ha. . . kikiki. . . Bila bukak lemari ais. . . belek2 eh eh ada kepala ikn. Apalagi cargas la mak cik bedah ni masak kari. Anak2 ngan en.wan mmg suka kari kpala ikan. . nak-nak dapat cicah roti. . meletoopp.. . hahaha. Tiba2 hati sayu bila terigt arwah bonda pun suka kalau aku masak kari ni. Selera dia makan. Allah kuatkan la semangat aku. . . Ya tuhan . . tempatkan ibu dan ayah di kalangan mereka yg telah engkau pilih.amin.Al-fatihah
Published with Blogger-droid v1.7.4

Aug 24, 2011

hai hoi hai. . . . dgr dgr ituuu. . . beduk telah berbunyi . . .

. . . . tetiba muncul ;D mcm biasa janji tinggal janji. . malass sungguh nak berhapdate. . . . ni tetiba mood sudah mari. elehhh. . tu pun sebab mood raya kot. so. . macam mana ramadhan uolls. . . insyaallah semoga allah akn memberkati semua amalan kita sepanjang bulan ini. pejam celik. . keleput kelepet. . dah nak sampai penghujung ramadhan dah ha, . sedih rasa kan. ye la manalah tau kan mungkin ini ramadhan kita yg terakhir. . . hanya allah yg tau. . ok xmo sedih2. . . waloponnn. . . uuwaaaaa. . ok dah control . . . tarik napasss. . . tahan,tahan. . jgn hembuss. . . semput lah ko disitu. . mcm mana persiapan uolss. . . pasti meriah kan. persiapan saya dan keluarga omputih kata so-so je lah. . nawaitu semua tuk ank2. . . tapi nampak gaya mcm maknya yg berlebih2. . . hahaha. Alhamdullillah semua dh hampir siap. Baju melayu anak2 dan en.wan beli yg siap kaedahnya. Eheemm. . . baju mama ngn anak pompuan mama sebulan sebelum posa dh gi tempah. Sukses. Paling meriah tahun ni, kuih raya uolls. . . kak bedah x beli apalagi nak menguli. Semuanya org bagi. Dah bersusun kuih raya mcm dah boleh bukak booth jual kuih pulak nampaknya. . . So dikesempatan ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua bloggers yg saya kenali,tidak kenali atau yg suka terlalu lalang kat sini. . . mohon ampun dri hujung jari kanan ke hujung jari kiri, sekiranya ada yg tersinggung tanpa saya sedari. . maafkan kekhilafan saya. . Insyaallah. . jika kelapangan idea dan waktu, berup to date la blog saya ni. . hehehe. . pd yg pulang ke kampung. . . pls drive safely. . . semoga kita berjumpa lagi. . wahh dah mcm pantun pulakk. . . hahah. . selamat hari raya!
Published with Blogger-droid v1.7.4