Click Here For Free Blog Backgrounds!!!
Blogaholic Designs

Mam@ju's Little Precious

Jun 8, 2009

Father's Day Contest

Syarat2 tuk menyertai contest ini ialah:

1. Menjadi FOLLOWER Mamamanja

2. Add blog MAMAMANJA kat bloglist korang

3. Upload gambar FATHER'S DAY CONTEST di atas sebagai banner di blog korang

4. Hanya yang mempunyai BLOG sahaja yang boleh join contest ini. Blog apa... x kisah, janji blog.

Terima kasih pd Mama Manja krn mengadakan contest ini. Pada saya contest seperti ini bukan shj untuk kita mencurahkan rasa penghargaan, tetapi bagi saya yg telah kehilangan seorang ayah ianya satu cara untuk saya meluahkan betapa saya merindui arwah ayah saya...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nama ayah :Mohd Yusof Bin Bachik Umur ketika meninggal dunia : 60 thn
Sudah lebih dari 14 tahun kau tinggalkan kami.Tanggal 30 May 2005 bagai semalam berlalu.Tidak ada ungkapan yg tepat untuk aku katakan yg aku terlalu merinduimu wahai ayahku. Hanya sejadah penghubungnya dan moga Allah menempatkanmu bersama org2 yg terpilih...Al-Fatihah.
Ayah..begitu cepat kau menyahut seruan Illahi. Walau umurku ketika itu baru menginjak 17 tahun dan aku benarnya masih memerlukan tunjuk ajar dan kasih sayang darimu. Dapatkah kau melihat betapa anakmu pada ketika itu tidak dpt menerima kenyataan, yg dia baru shj kehilangan seorang nakhoda. Ya Allah di ketika itu ku rasa iman ku terpesong dan kapal yg ku naiki bakal karam seperi dilambung ombak tsunami. Aku menangis semahunya. Qada dan Qadar Allah tiada siapa yg boleh melawan dan akhirnya aku redha dgn kepergianmu wahai ayahku.
Aku redha....
Ayah, anak bongsu mu kini, telah pun menjadi seorang ibu kepada 3 org cucumu yg tak pernah kau temui. Hanya gambar kenangan kita dahulu menjadi santapan buat mereka. Dan setiap kali kenangan itu terbit, aku tdk dapat menahan betapa sakitnya merindui mu.Dan segala memori indah,suka dan duka tidak sepalit pun terpadam dihati ini. Ayah kini mak juga sudah keuzuran...aku berjanji padamu wahai ayah, selagi aku bernafas dibumi Allah ini, akan ku jaga ibu sebaiknya...kerana dialah kekuatan padaku selepas ketiadaan mu.
Setiap mlm ku berdoa agar kau dipertemukan dlm mimpi2 ku...kerana aku terlalu merinduimu...
Tidurlah yang tenang DISISINYA.. Ku selalu berdo'a untukmu.. Ku terlalu merindui mu wahai Ayah.. love mam@ju.. MyEm0.com

3 comments:

Mamamanja said...

terima kasih join contest MM. tapi x cukup syarat lagi nih. lom jadik follower blog mamamanja lagi

mam@ju said...

tertinggal la mama...sowi

tp dh follow dh..jgn tendang application i tau..huhuhu..

sHeILa RaNi said...

angah rindu atok...
bpela atok cepat sgt pergi kan..
mse tuh angah kecik lg..
x sempat nak manje2 dgn atok lame2..
smoga allah temoatkan atok d kalangan org2 yg soleh